Sabtu, 30 Oktober 2010

Ahad, 24 Oktober 2010

Bukit Jalil Kami Datang!!! Gomo klate Gomo..



Ribuan Penyokong Kelantan


Alhamdullilah.Tahniah dan Terima kasih barisan pemain dan penyokong The Red Warriors. Kegembiraan tidak terhingga para penyokong Kelantan seluruh dunia meraikan kemenangan perlawanan pada milik ini yang mengesahkan tempat ke perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2010 seperti ulangan perlawanan akhir tahun lepas apabila sah bertemu Negeri Sembilan

*petikan TRWC

Sabtu, 23 Oktober 2010

Perdagangan Mata Wang Haram

Perdagangan mata wang haram bermaksud berdagang dalam mata wang asing dengan tujuan untuk mendapat pulangan yang tinggi daripada pergerakan kadar tukaran mata wang asing. Oleh itu, sebagai pengguna jika anda diajak untuk melabur wang anda dalam mata wang asing oleh pihak selain daripada peniaga matawang yang sah, tidak syaklah ia adalah satu sindiket dagangan haram mata wang asing.

Pengendali atau syarikat yang beroperasi secara tidak sah ini biasanya:

Memaparkan iklan yang cukup menarik untuk mengumpan orang ramai supaya mendengar rancangan pemasaran mereka yang meyakinkan tetapi sebenarnya palsu.

Mempunyai ibu pejabat di luar negara.

Beroperasi di pejabat dan kemudahan IT yang canggih.

Menyediakan latihan kepada bakal pekerja mengenai prinsip dagangan dalam mata wang asing dan memberi latihan amali mengenai dagangan mata wang asing berasaskan transaksi andaian atau tiruan dalam suasana yang dikawal oleh pengendali. Biasanya kesemua transaksi yang dibuat akan menghasilkan keuntungan.

Mengambil pekerja berasaskan komisen dan mereka ini tidak diberi surat pelantikan secara rasmi atau kontrak yang menggariskan syarat-syarat pekerjaan.

Cara pengendali tidak sah menarik minat mangsa mereka:

Mengatur strategi pemasaran mereka yang menjanjikan keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat.

Menampilkan imej yang profesional dan bereputasi.

Membenarkan pelabur mereka menguruskan akaun dagangan mereka melalui internet.

Mempunyai peralatan urus niaga seperti skrin berita yang menunjukkan pergerakan dalam kadar pertukaran untuk memberi gambaran bahawa suatu perniagaan yang profesional dan sah di sisi undang-undang.

Pelabur diminta menandatangani satu kontrak urus niaga yang biasanya adalah di antara pelabur dan syarikat induk tetapi biasanya kontrak ini dibiarkan tanpa ditandatangani.

Bagaimana untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan kewangan:

Jangan terpedaya dengan peluang-peluang yang menjanjikan pelbagai peluang yang tidak realistik

Elakkan daripada terpengaruh dengan syarikat yang menjanjikan keuntungan besar

Berhati-hati dengan pengiriman wang melalui internet atau melalui surat

Pastikan anda mendapat rekod prestasi syarikat tersebut

Tanyakan sebarang soalan dan jangan tergesa-gesa di dalam membuat keputusan

Selasa, 19 Oktober 2010

Satu Pandangan..

Sentiasa mewujudkan satu pemikiran yang tulus dan ikhlas dalam membentuk sebuah negara aman, maju dan bersederhana.Untuk memberikan satu impak yang besar kepada negara kita ini, dan janganlah semua perkara di politikan kerana ia akan memberi kesan yang berantaian. Ia mungkin memberikan kesan yang kecil pada hari ini akan tetapi dimasa hadapan sudah pasti yang kecil itu akan menjadi besar.

Pengikut

Cari Blog Ini