Ahad, 21 November 2010

PROGRAM TERBARU KPM UNTUK GURU SAMBUNG BELAJAR KE PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA

Sukacita dimaklumkan bahawa pemohonan ke program pensiswazah guru (PPG) ambilan mac 2011 bagi pegawai pendidikan bukan siswazah (PPPBS) yang berkhidmat di JPN/PPD/sekolah rendah dan menengah/sekolah bantuan kerajan di bawah KPM, boleh dilakukan di laman sesawang KPM bermula 22/11/2010 - 22/12/2010.
SUMBER : LAMAN SESAWANG KPM


PANDANGAN SAYA
Kepada semua guru yang masih belum menyambungkan pendidikan ke tahap ijazah, ini merupakan peluang yang WAJIB direbut supaya pada masa depan kita tidak akan merasa rendah diri dengan guru-guru yang telah mendapat dg41.Walaupun program ini selama 4 tahun, ia bukan satu masalah yang besar kepada pendidik kerana program ini dijalankan dalam mod pengajian jarak jauh (pjj) jadi tiada masalah dari segi berjauhan dengan keluarga dan juga faktor kewangan.Yang paling penting adalah keinginan untuk mengubah tahap pendidikan masing-masing ke tahap yang terbaik dan mendapat imbuhan pendapatan dg41.Melalui pengalaman saya yang telah belajar menggunakan mod pjj ini ialah yang penting ,bijak menguruskan masa,jangan bertangguh menyiapkan tugasan serta thesis dan mempunyai jaringan kawan-kawan.Biasanya untuk mod pjj setiap pelajar akan dibekalkan dengan modul bagi setiap subjek jadi tiada hal kepada member yang agak sukar untuk menulis nota.Saya berharap kepada guru-guru yang ingin dan telah memohon program ini semoga berjaya.

Jumaat, 12 November 2010

INFO MTest

Tips kepada kepada bakal guru, jawab soalan Mtest seperti anda telah menjadi seorang guru.

Komponen Mtest
1. Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)
2. Kuantitatif
3. Bahasa Inggeris
4. Analitikal
5. Verbal (Bahasa Melayu)

Jangan LUPA ...
i. Calon diwajibkan membawa bersama tiket panggilan ujian yang dicetak dan kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri yang diiktiraf semasa ujian.
ii. Calon mesti mengguna pensel 2B untuk menjawab semua soalan dalam borang jawapan OMR yang disediakan.
iii. Calon hendaklah berpakaian kemas dan sesuai dengan profesion perguruan ketika menghadiri ujian.
iv. Calon hendaklah hadir 30 minit sebelum ujian bermula.

Semoga Berjaya..
sumber : kpm

Rabu, 10 November 2010

SLIP GAJI ONLINE KAKITANGAN KERAJAAN


Tinggal sejarah

Kerajaan Malaysia telah menggunakan (sila klik) E-PENYATA GAJI kepada semua kakitangan perkhidmatan awan. Kepada yang masih  dok faham nak daftar  , ikut langkah ini..(yang belum daftar lagi)

Pertama sekali klip kat logo e-penyata gaji & laporan dalam web jabatan akauntan negara

1. Klip Akses Sistem

2. Klip Daftar Masuk

3. Isi Maklumat daftar pengguna baru (Pertama Kali Daftar)

#sediakan maklumat ini
-no kad pengenalan
-no gaji
-reka kata laluan
-sah kata laluan
-jawab soalan keselamatan
-klip ok

.....SUDAH SIAP....pas too cuba log in semula..

Ahad, 7 November 2010

SEMAKAN KENAIKAN PANGKAT "TIME BASED" DGA32 2010 PPPLD

Kepada semua guru yang ingin menyemak kenaikan pangkat secara time based bolehlah follow link ini SEMAKAN KENAIKAN PANGKAT "TIME BASED" DGA32 2010. Semakan ini hanya untuk negeri Selangor, Perak, Sarawak,Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.Semakan ini perlu dilakukan secara manual kerana ia dalam format pdf.Tahniah kepada yang berjaya..

Isnin, 1 November 2010

Sekilas.. Akhir Piala Malaysia Kelantan vs N9 2010

me...
Pengalaman menonton perlawanan akhir Piala Malaysia 2010. Stadium Bukit Jalil bergegar dengan sorakan "gomo kelate gomo". Sambutan penonton dari rakyat Kelantan amat hebat.Tahniah kepada pasukan Kelantan dan juga kepada penonton yang sentiasa memberi sokongan.
 peminat fanatik 1


peminat fanatik 2

saat gembira..rai kejayaan ..

tolak menolak ketika nak masuk ke pintu "grandstand"

semua merah..

Pengikut

Cari Blog Ini